Subscribe to this blog

Subscribe to full feed RSS
What the? RSS?!

Subscribe Via Email

We respect your privacy.

Rahsia Disebalik Nama Ella

By alleh On December 28, 2009 Under Raihan, Uncategorized

ella21Profile

Ella atau nama penuhnya Norzila binti Haji Aminuddin dilahirkan pada 31 julai 1966 dan beliau merupakan artis rock  wanita Malaysia yang popular . Beliau dikenali sebagai artis rock wanita yang lebih sinonim dengan gelaran Ratu rock.Ella merupakan artis wanita yang popular dan telah menghasilkan lagu-lagu yang popular sekitar tahun 9o,an hingga kini. Beliau telah menghasilkan beberapa album kompilasi dan beliau masih memegang rekod sebagai artis wanita yang mempunyai jualan rekod yang tertinggi iaitu melebihi  angka  300.000 lebih sepanjang kariernya .Beliau juga merupakan ikon antarabangsa dan merupakan salah seorang artis yang terkaya.

Ella berasal dan dilahirkan di Gelugur pulau pinang  dan membesar di sekitar Lembah Klang Selangor.Menamatkan zaman persekolahan ketika Tingkatan 5 disekolah Perumpuan Tunku Ampuan Rahimah.Beliau aktif menyanyi di kelab-kelab dan louge disekitar Kelang sebelum menjadi artis tersohor pada harini.Ketika  menyanyi di kelab beliau telah dilamar oleh sebuah Band  ‘The boys ‘.Melalui perbincangan yang dibuat beliau bersetuju menyertai band tersebut dan selepas itu band tersebut dikenali sebagai Ella & The Boys.

Pada tahun 1998 Ella telah dipilih mewakili Malaysia untuk menyanyikan lagu tema sukan Commonwealth Games iaitu Standing In The Eyes Of The World .Selain itu pada tahun 1999 Ella telah menghasilkan album ke 9 dengan bantuan kumpulan artis antarabangsa  seperti Slash dan Gun N’ Roses.

Disebalik usaha kuat dan kejayaan di dalam bidang seni, beliau telah melangkah kedunia perniagaan dengan membuka beberapa syarikat antaranya ,Ella’s Production, Ella Inc’s Sdn Bhd and Syarikat Ombak Warna Sdn Bhd serta syarikat kosmetik  dengan menggunakan nama beliau sendiri sebagai jenama produk.Di bawah ini disertakan senarai album-album beliau yang telah dihasilkan sepanjang kariernya iaitu:

1)1985 – The Battle Of The Bands 1 (Ella & The Boys)

2)1986 – The Battle Of The Bands 2 (Ella & The Boys)

3)1986 – Ella & The Boys 1

4)1987 – Ella & The Boys 2

5)1988 – Pengemis Cinta (Platinum)

6)1989 – Puteri Kota (Platinum)

7)1989 – Sembilu

8)1990 – Identiti (Platinum)

9)1990 – Unggul

10)1991 – Mendung Tidak Bererti Hujan

11)1991 – Kesal

12)1991 – Ella Mood (Malaysia’s first video album)

13)1992 – 30110 – Over 300,000 units sold (100,000 units were sold in the first week alone)

14)1993 – Ella ‘Sebuah Rockumentari’ (Ella’s second video album)

15)1994 – Ella USA (Over 300,000 units sold)

16)1995 – 8494 (Compilation)

17)1996 – Demi (Compilation)

18)1997 – Jalan Ke Sisi Mu

19)1998 – Standing In The Eyes Of The World/Lagu Rasmi untuk sukan Commonwealth Games.

20)1999 – El

21)2000 – Baldu Biru (Compilation – Duet with Awie)

22)2000 – Diva Metal-Ella

23)2001 – Ilham Bicara

24)2003 – Simbiosis

25)2005 – A Journey Beyond (Compilation)

26)2005 – Ratu Rock (Compilation)

27)2006 – Urban Strike (The Queen of Rock’s Recognition Album)

28)2007 – Rama Rama

29)2009 – Greatest Hits

Beliau pernah membintangi beberapa filem,Antaranya ialah:

1)Bayangan Maut (1990)

2)Pemburu Bayang (1992)

3)Hanya Kawan (1997)

Pencapaian beliau sepanjang berada didalam industri muzik Tanahair.

1)Juara pertandingan Battle of The Band yang dianjurkan oleh Radio Telivisyen Malaysia.

2)Artis pertama yang menghasilkan video album iaitu Ella-Mood pada tahun 1991.

3)Duta rasmi bagi pelbagai produk antarabangsa seperti L.A Gear, Levi’s and Canon.

4)Penjualan album tertingi bagi artis wanita untuk  album Ella USA, dimana ianya terjual sebanyak  350 000 units.

5)Merupakan satu-satunya artis rock wanita yang masih bertahan hingga ke hari ini.

6)Menjadi Duta untuk Red Cross Society, Malaysia.

7)Pernah muncul di stesyen  kaca tv  Amerika iaitu MTV.

8)Artis tempatan pertama yang merakamkan album penuh di Amerika.

9) Merupakan Role Model bagi Yayasan Kebajikan Negara untuk pemikiran yang positif.

10)Memenangi anugerah artis wanita  paling popular pada tahun 1993(Anugerah Bintang Popular Berita Harian  1993)

11)Pernah menderma  sebanyak MYR 100 000 to the Red Cross Society (Malaysia)

12)Diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai Artis Malaysia Pertama Mempunyai Penjualan Album Terbanyak, 1998.

13)Pernah memegang watak utama dalam beberapa buah filem antaranya: Bayangan Maut (1990), Pemburu Bayang (1992) and Hanya Kawan (1997).

14)Artis Malaysia pertama yang menerima anugerah platinum sebanyak 5 kali.

15)Pernah menjadi Host MTV Asian Awards pada tahun 2003.

Dapatkan Update Rahsia Download video mp3 lirik lyrics terus ke email anda dengan cara masukkan email anda dibawah..

Delivered by FeedBurner